Dewan Pemuda PAS Perak berasa kesal kerana bajet perak
untuk tahun 2013 yang dibentangkan oleh Dato’ Dr Zambry Kadir di Persidangan
Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 17 Disember lalu sekali lagi defisit.
Bendaharinya, Fakhrulrazi Mokhtar berkata, ini
bermakna sekurang-kurangnya 8 tahun bajet dibawah pentadbiran BN defisit dan
dilihat ianya menjadi rutin mereka.
Menurutnya, defisit sebanyak RM42.86 juta telah mencerminkan
bahawa ketidak cekapan mereka untuk memerintah.
“Saya hairan bagaimana mereka memerintah kerana dalam tempoh
singkat 3 tahun setelah rampasan kuasa pada tahun 2009, jumlah defisit telah
mencecah RM122.6 juta,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau yang juga Timbalan Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS
Malaysia menjelaskan, jika dibandingkan dengan dengan pemerintahan Pakatan
Rakyat, ternyata berbeza dan pengurusan kewangan lebih baik serta stabil
walaupun baru 11 bulan memerintah.
Fakhrulrazi menjelaskan, bajet defisit tersebut telah
menggambarkan BN yang diketuai Dr Zamry gagal memerintah dengan baik dan tidak pandai
mengurus tadbir negeri yang penuh dengan hasil mahsul ini.
Kerajaan katanya haruslah memikirkan serta mencari kaedah
yang terbaik untuk menjana ekonomi yang ada dan rakyat akan mendapat kebaikan
daripada itu.
Mengulas lanjut, Fakhrulrazi mempersoalkan apakah usaha
kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah pengangguran generasi muda lepasan universiti
di negeri ini.
Katanya, walaupun ada beberapa program yang dilaksanakan
sebelum ini ternyata gagal untuk menyelesaikan kemelut ini hingga menyebabkan golongan
belia bimbang.
“Kerajaan harus prihatin dengan masalah golongan muda bukan
sahaja dari segi mencari pekerjaan sebaliknya pelbagai aspek,” jelasnya lagi.
No comments:
Post a Comment