Thursday, December 8, 2011

Pemuda PAS santuni penduduk Pulau Pangkor











PANGKOR: Dewan Pemuda PAS Perak telah mengadakan program misi jelajah santun bersama penduduk Pangkor.

Bendaharinya, Ustaz Fakhrulrazi berkata, tujuan program tersebut ialah melihat sendiri keadaan masyarakat di DUN Pulau Pangkor yang dikatakan maju oleh Adun kawasan tersebut yang juga Menteri Besar Perak, Dato' Seri Zambry Kadir.

"Kenyataan Zambry meleset, terlalu ramai rakyat di Pangkor hidup dalam kedhaifan dan kesempitan hidup," katanya ketika mengadakan jelajah yang julung kali diadakan pada 2 Disember lalu.

Dalam Program tersebut, lebih 50 keluarga daripada 3 buah kampung telah menerima bantuan yang berupa keperluan dapur daripada Pemuda PAS Perak.

"Salah seorang penerima sumbangan ditemui sehingga kini masih tidak mendapat bekalan air bersih dan keperluan elektrik, airnya hanya bergantung dengan sebuah perigi sahaja," ujarnya.

Katanya, zaman yang dianggap maju ini sepatutnya tidak ada lagi rakyat yang hidup dalam kesempitan seperti itu terutama di tempat pemimpin tertinggi kerajaan.

Program tersebut turut disertai oleh Ketua Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu, Penolong Setiausaha Pemuda PAS Perak Safarizal Saleh, Bendahari Pemuda PAS Perak Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar, Exco Pemuda PAS Pusat Mohd Hakimi Shah, Ketua Pemuda PAS Lumut Badrulhisyam Baharuddin dan rombangan Pemuda PAS Lumut.

Jelajah yang sehari suntuk itu juga turut melihat projek-projek yang merosakkan alam sekitar di pulau dan pantai yang terdapat di Pulau Pangkor. Antaranya ialah pembangunan di Teluk Nipah yang dilihat amat berbahaya kerana terlalu hampir dengan landai pantai yang amat berbahaya kepada pengunjung yang pergi ke tempat tersebut.

Gerai-gerai yang turut dibina di situ juga mendapat rungutan kerana terlalu kecil dan tidak selesa.

Selamat Datang Ke blog Saya

Assalamualaikum..
Selamat datang ke blog saya..
baru didirikan pada 8 Disember 2011