Wednesday, January 9, 2013

Kes saman Nizar terhadap TV3




Saya tidak ketinggalan bersama-sama memberikan sokongan kepada Dato' Seri Nizar Jamaluddin ketika perbicaraan kes samannya terhadap TV3 yang memfitnahnya dalam isu WWW1.


Beliau amat bersama peguam amat bersedia menjawab segala soalan-soalan daripada peguam defendan. Jika dilihat dalam perbicaraan tersebut, saya sakin Ikon Rakyat Perak itu akan menang dalam kes saman ini.

Doakan kemenangan beliau

Bajet Defisit rutin kerajaan BN


Dewan Pemuda PAS Perak berasa kesal kerana bajet perak untuk tahun 2013 yang dibentangkan oleh Dato’ Dr Zambry Kadir di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 17 Disember lalu sekali lagi defisit.

Bendaharinya, Fakhrulrazi Mokhtar berkata, ini bermakna sekurang-kurangnya 8 tahun bajet dibawah pentadbiran BN defisit dan dilihat ianya menjadi rutin mereka.

Menurutnya, defisit sebanyak RM42.86 juta telah mencerminkan bahawa ketidak cekapan mereka untuk memerintah.

“Saya hairan bagaimana mereka memerintah kerana dalam tempoh singkat 3 tahun setelah rampasan kuasa pada tahun 2009, jumlah defisit telah mencecah RM122.6 juta,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau yang juga Timbalan Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia menjelaskan, jika dibandingkan dengan dengan pemerintahan Pakatan Rakyat, ternyata berbeza dan pengurusan kewangan lebih baik serta stabil walaupun baru 11 bulan memerintah.

Fakhrulrazi menjelaskan, bajet defisit tersebut telah menggambarkan BN yang diketuai Dr Zamry gagal memerintah dengan baik dan tidak pandai mengurus tadbir negeri yang penuh dengan hasil mahsul ini.

Kerajaan katanya haruslah memikirkan serta mencari kaedah yang terbaik untuk menjana ekonomi yang ada dan rakyat akan mendapat kebaikan daripada itu.

Mengulas lanjut, Fakhrulrazi mempersoalkan apakah usaha kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah pengangguran generasi muda lepasan universiti di negeri ini.

Katanya, walaupun ada beberapa program yang dilaksanakan sebelum ini ternyata gagal untuk menyelesaikan kemelut ini hingga menyebabkan golongan belia bimbang.

“Kerajaan harus prihatin dengan masalah golongan muda bukan sahaja dari segi mencari pekerjaan sebaliknya pelbagai aspek,” jelasnya lagi.